Jumaat, 25 Oktober 2013

Pengisian Sistem Analisis Kompetensi ICT Pentadbir dan Guru

Adalah dimaklumkan bahawa Pentadbir dan semua Guru dikehendaki membuat pengisian SISTEM ANALISIS KOMPETENSI ICT kendalian Bahagian Pendidikan Guru sebelum 31 Oktober 2013.

Pengisian boleh dilakukan dengan mengakses alamat URL berikut:

Ujian ini merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sila ikut tarikh seperti berikut untuk mengelakkan kesesakan sistem:
26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan WP Labuan
17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan Johor
23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak dan Selangor

Makluman:
* Sekiranya mempunyai masalah, anda boleh rujuk ke Soalan Lazim ("FAQ") atau boleh hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 (Isnin - Jumaat: 8am hingga 6pm) atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Log Masuk

Arahan Penting:
UNTUK PAPARAN YANG BAIK, SILA GUNAKAN BROWSER INTERNET EXPLORER 8 KE ATAS ATAU GOOGLE CHROME / FIREFOX YANG TERBARU

1) JANGAN GUNAKAN BUTANG 'BACK' di browser untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
 
2) SEKIRANYA BERLAKU KELEWATAN SISTEM ATAU INTERNET PERLAHAN, JANGAN TEKAN BUTANG 'SETERUSNYA' BERULANG KALI untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
 
3) SEKIRANYA SISTEM TIDAK ADA RESPON, ANDA BOLEH LOG KELUAR DAN TUTUP SEMUA BROWSER DAN BUKA BROWSER YANG BARU UNTUK SAMBUNG MENGAMBIL UJIAN.
 
4) Nombor kad pengenalan adalah sulit dan peribadi. Jangan berkongsi untuk ujian ini.

5) Log keluar selepas selesai sesi ujian.

6) Pastikan guna skrin browser yang baharu (dimana tutup dan buka skrin browser

7) Tutup browser selepas menggunakan sistem ini.

Sekian, harap maklum.

Rabu, 31 Julai 2013

Majlis Sumbangan Duit Hari Raya Murid Yatim dan Miskin oleh Press Metal Berhad


Pada 30 Julai 2013, pihak sekolah sangat berbesar hati menerima kehadiran pihak Press Metal Berhad, Mukah bagi memberi sumbangan duit hari raya kepada murid yatim dan miskin di SK Parish. Seramai 39 orang murid terpilih yang terdiri daripada murid-murid berstatus yatim, yatim piatu dan miskin telah menerima sumbangan tersebut.

Majlis ini telah bermula dengan pendaftaran murid-murid yang dipilih dengan pihak AJK CSR Press Metal Berhad yang diketuai oleh Cik Engnr. Karmila binti Yahdi. Seterusnya ketibaan VVIP dari pihak Press Metal Behad iaitu En. Ben Lee, Pengurus Kanan Bahagian Kejuruteraan, Press Metal Berhad dan En. Lau Yee Wu, Pengurus Cast House, Press Metal Berhad serta En. Crosseley Sering ak Hillary Sering, Penolong Pembantu Tadbir Balingian serta Penghulu Shahdan bin Sahari, Penghulu Dearah Balingian. Turut hadir adalah AJK Masjid Tunku Haji Bujang yang diketuai oleh En. Jahwi bin Mohidin serta ahli rombongan dari Press Metal Berhad.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust. Mohd Zahir bin Long. Dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Tn. Hj. Perti bin Sarchian, Guru Besar SK Parish. Tuan Guru Besar sempat berpesan kepada murid-murid yang memberi sumbangan agar menggunakan wang yang diperolehi untuk tujuan yang bermanfaat. Penghulu Shahdan bin Sahari juga turut berucap menyatakan kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada pihak Press Metal Berhad atas penglibatan mereka dengan penduduk Balingian.

Pengerusi Program, Cik Engr. Karmila binti Yahdi turut menyampaikan ucapan beliau. Beliau sangat berterima kasih kepada pihak sekolah atas sambutan dan kerjasama baik yang telah diberikan. Beliau juga turut menyatakan bahawa program tersebut sebagai satu tugas sosial korporat Press Metal Berhad kepada penduduk setempat khususnya penduduk Balingian.

Sejurus selepas ucapan, En. Ben Lee, Pengurus Kanan Bahagian Kejuruteraan Press Metal Berhad dan En. Lau Yee Wu, Pengurus Cast House Press Metal Berhad telahpun bersama mengiringi En. Crosseley Sering ak Hillary Sering Penolong Pembantu Tadbir Balingian tampil ke pentas untuk menyampaikan sumbangan kepada murid-murid terpilih. Kesemua 39 orang murid Tahun 6 hinggalaha Prasekolah telahpun menerima sumbangan.

En. Ben Lee seterusnya dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada pihak VVIP yang hadir bagi menjayakan program pada hari tersebut. Sejurus kemudian, En. Lau Yee Wu pula dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada para wartawan yang hadir pada hari tersebut.

Sebelum berbuka puasa, pihak Press Metal Berhad sempat bergambar bersama tetamu VVIP dan kesemua murid yang menerima sumbangan. Majlis dikemudiannya ditangguhkan untuk persiapan berbuka puasa. Majlis berkahir dengan berbuka puasa dan Solat Maghrib berjemaah di Surau SK Parish.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kesudiaan pihak Press Metal memberi sumbangan kepada murid-murid SK Parish. Pihak sekolah juga turut berharap agar pihak Press Metal Berhad akan datang kembali ke SK Parish untuk memberi sumbangan seumpamanya demi memberi suntikan kepada warga SK Parish untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan.

Laporan disediakan oleh,
Mohd Ridzuan bin Mohd Taib
Admin Weblog SK Parish, Balingian

Isnin, 29 Julai 2013

Peperiksaan Pertengahan Penggal II 2013

Pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Penggal II 2013  yang bakal berlansung pada 31 Julai dan 1 Ogos 2013 yang akan datang. Semoga menjawab peperiksaan dengan sebaiknya dan memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Di sini ingin dikongsikan doa-doa berkaitan Peperiksaan untuk diamalkan oleh murid-murid yang beragama Islam.














Isnin, 13 Mei 2013

Pasukan SK Parish sertai Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Shell Peringkat Bahagian Mukah

Pada 10 dan 11 Mei 2013 yang lalu, sekolah telahpun menghantar penyertaan untuk Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Shell Peringkat Bahagian Mukah. Pertandingan ini telah diadakan di SMK Three Rivers, Mukah (Ujian Bertulis) dan Dataran Pehin Setiaraja, Mukah (Pertandingan Litar Lalu Lintas).

Seramai 16 orang peserta dari Tahun 4 dan 5 telah menyertai pertandingan ini. Kesemua 16 orang peserta telah menduduki ujian bertulis terlebih dahulu di SMK Three Rivers, Mukah pada 10 Mei 2013, pukul 3.00 petang. Pertandingan yang dinanti-nanti bermula pada awal pagi 11 Mei 2013. Kesemua 16 orang peserta terlibat dalam tiga kategori pertandingan iaitu Pemandu Pedalkar, Penunggang Basikal dan Pejalan Kaki. 

Pihak sekolah kita terpaksa berpuas hati dengan hadiah saguhati bagi keseluruhan. Namun, kita berasa bangga kerana 2 orang daripada peserta kita telah mendapat tempat bagi kategori Pemandu Pedalkar dan Penunggang Basikal. Adik Qismuna Aishah binti Taib telah dinobatkan sebagai Pemandu Pedalkar terbaik dengan catatan masa terpantas dengan minimum saman. Manakala, adik Mohd Azim bin Azizi pula telah merangkul tempat ketiga bagi kategori Penunggang Basikal.

Menurut Cikgu Suzie binti Ulom, Jurulatih Peserta Sekolah, para peserta pada tahun 2013 ini telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam pertandingan litar lalu lintas. Namun, kita sedikit ketinggalan dalam ujian bertulis yang menjadi salah satu komponen yang diambil kira dalam penjumlahan markah bagi menentukan kedudukan secara keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada para peserta serta guru-guru yang menjadi jurulatih kepada para peserta. Semoga sekolah kita dapat melakarkan kecemerlangan dalam pertandingan yang disertai pada masa-masa yang akan datang.




Album gambar sekitar pertandingan:
https://plus.google.com/photos/103528867165054057262/albums/5878762944363141137